Wednesday, November 21, 2012

Redha


takut kehilangan sesuatu yang tak pasti
sama seperti kita tidak redha dengan ketentuan Ilahi

p/s : Ain, belajar la untuk melepaskan. Redha dengan ketentuan Ilahi

Thursday, November 15, 2012

talking to the moon




I know you're somewhere out there, somewhere far away,
I want you back, I want you back,
My neighbors think I'm crazy,
But they don't understand,
You're all I had, you're all I had...
At night when the stars light up my room,
I sit by myself talking to the moon.
Trying to get to you,
In hopes you're on the other side, talking to me too.
or am I a fool, who sits alone, talking to the moon.
I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say, I've gone mad
But they don't know what I know
Cause when the sun goes down
Someone's talking back
They're talking back

I know you're somewhere out there
Somewhere far away

-Noor A'in Maidin-

Sunday, November 11, 2012

Cool

Assalamualaikum wbt =)

someone told me to hear this song...
mulanya memang tak nak dengar sebab tak nak ada kaitan lagi...
but, bila da buka lirik lagu ni....
it was exactly like us....
lagu tu buat kan aku tambah rindu...
i miss us....aku harus belajar untuk melepaskan mu, untuk melupakan mu...
btw, ni lirik lagu tu....
Cool by Gwen Stefani...

aku harus redha utk melepaskan sesuatu yg bukan milik aku

It's hard to remember how it felt before
Now I found the love of my life...
Passes things get more comfortable
Everything is going right

And after all the obstacles
It's good to see you now with someone else
And it's such a miracle that you and me are still good friends
After all that we've been through
I know we're cool

We used to think it was impossible
Now you call me by my new last name
Memories seem like so long ago
Time always kills the pain

Remember Harbor Boulevard
The dreaming days where the mess was made
Look how all the kids have grown
We have changed but we're still the same
After all that we've been through
I know we're cool 

And I'll be happy for you
If you can be happy for me
Circles and triangles, and now we're hangin' out with your new girlfriend
So far from where we've been
I know we're cool



p/s : i hope we can be like this dear Mr.Huntsman....cuma sekarang, aku masih terluka, kecewa dan susah mahu melupakan...please forgive me.... =(

Thursday, November 8, 2012

Dilema Cinta

Assalamualaikum wbt =)

setiap orang pasti akan pernah merasa dilema dalam hidup, tidak kiralah sama ada dilema cinta, dilema pekerjaan, dilema membuat pilihan hidup, yang pastinya dilema ni boleh buat kepala pening.... hanya ada satu penyelesaian..... nak tau?? solat istikharah lah untuk tenangkan perasaan dan berdoa untuk dipermudahkan untuk membuat pilihan. untuk merungkai segala dilema di hati...InsyaAllah dipermudahkan segalanya.

dilema cinta
**penggunaan nama tiada kena mengena dengan yang hidup @ meninggal dunia

Amir : seharusnya ini tak perlu terjadi
          terjadi di saat ku pergi
          namun ku sedari kelemahan diri ini
          kelemahan dia sendiri
          betapa aku tak sanggup melepaskan dirinya
          dia tak terganti bertakhta di hati
          membiarkan dirinya memilih dirimu
          aku tak berdaya tak kuasa
          meski tahu cinta bukan beerti memiliki

Aril : tiada yang sanggup selain diriku
        meredakan sepi dan rasa ragu
        makin ku mengerti kelemahan diri ini
        dia biarkan ku jatuh hati
        ku percaya pada rasa
        lama-lama jatuh cinta
        menggetarkan perasaan
        meski tahu dia sudah tak sendirian lagi
        dan tengah menanti kekasih hati yang tengah jauh
        betapa aku tak sanggup melepaskan dirinya
        dia tak terganti bertakhta di hati
        membiarkan dirinya memilih dirimu
        aku tak berdaya tak kuasa
        meski tahu cinta bukan beerti memiliki
 
Iris : selalu ada hati yang akan tersakiti 
       cinta telah merajai hati 

ok ok....contoh di atas ada la sama sikit denga situasi aku.... memang sukar nak buat keputusan bila da dilema ni.... rasanya senang lagi kot soalan Mathematics SPM kali ni.... ^_^  

p/s : buat diri sendiri, Gambate!!! semoga boleh buat keputusan yang terbaik!  

Wednesday, October 31, 2012

Cinta Terakhir

Assalamualaikum wbt =)

pertama kalinya aku menyambut Hari Raya Aidiladha di perantauan...
ceh...macam la jauh sangat kan?? heheheh....
sebenarnya aku beraya di rumah Mr.Cinta di KK.
kebetulan dia dapat cuti dan boleh balik,
aku pun ambil peluang ni untuk jumpa dia buat kali terakhir sebelum dia balik Kajang. lagipun parents dia transfer Kelantan da....
hati mana yang tak sedih bila berjauhan dengan orang yang kita sayang.
aku cuma berharap agar jodoh kami panjang dan disatukan hingga ke akhir hayat.
dalam masa tiga hari tu juga la aku spent masa yang sangat berharga untuk menghargai detik-detik bahagia bersama-sama dengan Mr.Cinta sebelum kami berpisah....

hati ini rindu...
angin...sampaikan hembusan rinduku buat Muhd.Azhar.....

Tuesday, October 23, 2012

Terima Kasih

Assalamualaikum wbt

kepada awak,
terima kasih atas semua yang pernah awak lakukan,
terima kasih atas pertolongan yang telah awak berikan,
walaupun saya tahu semua yang awak lakukan itu tidak ikhlas,
semata-mata mau balasan daripada saya.
saya tahu itu.
saya akui saya terlalu bodoh terima tawaran kawan daripada awak,
saya tahu orang lelaki yang berkawan dengan saya ni tiada satu pun yang ikhlas,
semuanya mengharapkan balasan.

awak berlagak yang awak tu suci daripada lelaki lain,
tapi pada masa yang sama, awak lah yang ambil kesempatan ke atas diri saya.
awak lah yang pernah rosakkan maruah saya.
mana perginya kesucian awak itu???
yang kononnya mahu melindungi saya daripada lelaki-lelaki lain.

walau apa pun, terima kasih atas perkenalan ini,
terima kasih atas ungkapan awak terhadap saya,
ungkapan "MATERIALISTIK" awak tu,
saya hargainya sangat-sangat.

untuk pengetahuan awak,
saya bukan MATERIALISTIK macam yang awak ungkapkan tu,
saya tak pernah minta apa-apa daripada awak,
awak yang dengan rela hati kononnya mau membantu,
tak sangka pula akan mengungkit kali ini.

p/s : untuk awak, terima kasih sangat.

kupu-kupu itu



ada yang benci dirinya
ada yang butuh dirinya
ada yang berlutut mencintainya
ada pula yang kejam menyeksa dirinya

ini hidup wanita si kupu-kupu malam
bekerja bertaruh seluruh jiwa raga
bibir senyum kata halus merayu memanja
kepada setiap mereka yang datang

dosakah yang dia kerjakan
sucikah mereka yang datang
kadang dia tersenyum dalam tangis
kadang dia menangis di dalam senyuman

oh apa yang terjadi, terjadilah
yg dia tahu Tuhan penyayang umatnya
oh apa yang terjadi, terjadilah
yang dia tahu hanyalah menyambung nyawa

oh apa yang terjadi, terjadilah
yang dia tahu Tuhan penyayang umatnya
oh apa yang terjadi, terjadilah
yang dia tahu hanyalah menyambung nyawa

Thursday, October 18, 2012

Fitnah

Assalamualaikum wbt

"tak ada rupa, dihina... ada rupa, difitnah... "

ok...frasa di atas tu, bukan nak nyatakan aku ni cantik or ada rupa...bukan itu niat di hati.
kadang-kadang manusia selalu terleka dan suka menuduh melulu tanpa usul periksa.entah apa niat di hati untuk melulu sebegitu rupa. sedangkan aku tak pernah menyakiti sesiapa.jauh sekali untuk ambil tahu hal-hal mereka.

fitnah berleluasa, aku biarkan saja. makin aku layan, makin sakit hati ku. aku cuma boleh berdoa semoga Allah merahmati kita semua dengan kasih sayangNya, tanpa ada perasaan hasad dengki walau sedikitpun. 

bila hati mula terpaut, kau yang sudah berpunya pun sanggup mengaku single.
entah mana dicampak rasa cinta dan orang yang kau cintai itu. 
kau yang sudah berkahwin pun sanggup mengaku bujang.
kau yang sudah berbini masih nak cari yang kedua. 
jika itu sunnah nabi, aku terima, ini solat 5 waktu pun tak terjaga,
ada hati nak kahwin dua. adakah itu untuk memenuhi nafsu? or rasa sunyi? 
dengan mudahnya mulut berkata "i love u"....
kalau lah perkataan itu dibayar, confirm banyak hutang kau.....

aku tahu diri ini selalu lalai dan terleka. aku selalu mengingatkan diriku supaya mengingati Ya Rabb yang lebih layak diingati agar aku lebih berpahala. ingatlah bahawa bila kita sunyi, Allah sedang memerhati dengan rasa cinta.


p/s : wahai hati, bersabarlah...

Wednesday, October 17, 2012

Ikan yang Comel

Assalamualaikum wbt

Perasaan berat dan kosong muncul kembali.
adakalanya apa yang berlaku tidak seperti yang kita duga,
tak seperti yang kita rancang.
adakalanya yang pahit itu harus ditelan.
tidak ada langsung niat di hati untuk mempersoal segala ketentuan Tuhan.
malah bersyukur dengan nikmat yang diberi.
cuma manusia sering berubah, alpa dan terleka hingga kufur nikmat.

Pernah tak rasa bila kita cuba menjauh dan abaikan benda tu,
then benda tu datang lagi dengan bertalu-talu tanpa henti???
Pernah rasa tak yang diri ini seperti seekor ikan yang comel rupawan,
tapi dikelilingi kucing kurap bengis yang kelaparan.
ada kucing tu kisah engkau tu cantik atau tidak??
ada dia kisah yang engkau tu baik atau tidak??
apa yang dia fikir, betapa enaknya jika dia dapat baham engkau dengan rakusnya,
dan masuk ke dalam perut montel dia tu.

Akhirnya aku sedar, pilihlah seseorang yang mampu menjaga kita,
menyayangi kita, bersusah payah dengan kita.
pilihlah seseorang yang mampu faham kita tidak kira dalam apa keadaan sekalipun.
pilihlah seseorang yang sanggup berkorban untuk kita.
cinta itu perasaan yang indah.
jika hanya ada rasa benci dan amarah dalam hati, itu bukan cinta.
pada saat ini, aku rasa sungguh kekurangan.
pada ketika ini tidak ada apa lagi selain berputus asa.

Monday, October 15, 2012

Gadis itu

Assalamualaikum wbt =)


ada seorang gadis termenung di jendela,
memikirkan nasibnya yang telah ternoda,
terpinggir terhina kerana dosa-dosa silamnya.

ibunya telah tiada, begitu juga ayahnya.
mengharungi dunia tanpa pedoman di jiwa,
keliru hatinya antara syurga & neraka.

pada siapa harus dipinta,
secebis rasa seulit mesra,
di akhir noktah usia dirinya yang akan berhenti jua.

deraian air mata menangisi dosanya,
rebah dia mengharap keampunan Tuhannya,
serta ketenangan mengharungi dunia yang fana.

umurnya masih muda remaja,
tetapi terleka kerana nafsu yang mengaburinya,
namun Tuhannya masih cintakan dirinya, walaupun dosanya selautan dunia.

mengapa perlu bersa berjauhan dari yang Esa,
sedangkan Allah sentiasa merahmati hambaNya,
yang sering terlupa, leka & alpa terhadapNya.


harapannya subur kembali bukti kasih Illahi,
syukur dia ditemukan jalan kebahagiaan,
mengukir ceria, membenam segala kecewa.

p/s : sekadar pesanan untuk diri sendiri yang semakin terleka dengan nafsu dunia.

keep trying

Assalamualaikum wbt


Ya Allah, aku mengadu kepadaMu dengan suara yang paling lemah.
aku berbisik supaya tiada siapa yang bisa mendengar butir bicaraku.
aku simpan sedaya mungkin, aku simpan selagi mampu.
aku tunjukan pada semua yang aku kuat.
aku bergelak tawa seakan tiada apa yang berlaku terhadap diriku.
i always try...terus cuba dan mencuba.
aku bukan siapa-siapa untuk sesiapapun.
aku sentiasa cuba sedaya upaya jadi yang terbaik untuk mereka di sekeliling aku.
biar tak nampak usaha di mata.
tapi aku tahu yang aku sentiasa mencuba.
aku sentiasa tertanya-tanya, apakah bisa diri ini menjadi tulang rusuk yang paling setia buat insan terindah dalam hidup aku??
aku menulis kerana aku rindu....
aku rindu dengan arwah mak aku....
aku rindu dengan papa aku yang jauh di mata...
aku rindu dengan adik aku yang sentiasa berada di depan mata aku....
aku rindu dengan bakal imam ku nanti...


angin... sampaikan hembusan rinduku buat insan-insan yang aku selalu rindui....

Aku tau

aku tau ke mana harus aku tuju...
tak perlu untuk kau mengajar aku...
aku tau...terima kasih...

Tuesday, October 9, 2012

Quotes

Assalamualaikum wbt =)


"a rose can never be a sunflower,
and a sunflower can never be a rose.
All flowers are beautiful in their own way.
and that's like women too."

"we all have bad days,
but one thing is true;
no cloud is so dark that the sun can't shine through"

"we are limited only by our thoughts"

Friday, September 28, 2012

Dipinang??

Assalamualaikum wbt =)

grand kan tajuk aku...hahaha...sebenarnya aku belum lagi dipinang...
tapi semua tu berlaku dalam mimpi jer...

aku bermimpi aku dipinang orang...
nak tau sapa yang pinang aku tu??
hehehe... aku mimpi mak & nenek kepada Mr.Cinta aku datang meminang aku & bagi aku sebentuk cincin....
Then, aku terjaga dari tidur....

hahaha...aku tak tau la napa boleh mimpi macam tu....
mungkin aku terlalu rindu dengan Mr.Cinta yang sekarang jauh di mata,
tapi dekat di hati...always... =)

p/s : i will waiting for u Mr.Cinta

Thursday, September 20, 2012

Aku Suka Dia

Assalamualaikum wbt =)

hai hai....
semua perempuan memang nak lelaki yang baik hadir dalam hidup...
apatah lagi yang ada paras rupa yang elok yang bisa mendamaikan hati & perasaan ni... chewahhh...
tapi apa yang penting boleh bimbing perempuan ke arah yang lebih baik ok.... itu yang paling penting.

ok la... lepas beberapa movie & filem yang aku tengok sebelum ni....
aku da jatuh hati dengan pelakon ni....
muka mungkin tak la tampan sangat...tapi sejuk jak mata aku tengok dia...
saiz badan pun medium jer....muka & rambut dia yang comel...
hahaha....sah aku angau da dengan Joseph Gordon-Levitt ni...
hehehe...jangan marah =)







huhuhu...tengok muka dia yang cute tu....
bikin aku geram jak ni....

then, lepas beberapa kali tengok drama kat tv3, aku pun jatuh hati da dengan sorang artis ni...dia berlakon dalam Deja Vu di Kinabalu & drama yg baru2 ni dia berlakon... Kau Yang Terindah.... memang hebat la watak dia... sampai aku cari info dia kat Google, then aku dpt tau yg dia ni orang Sabah...ptt la hensem jak...hehehehe
ni la pix2 dia utk tatapan mata korang...eh salah, tatapan mata aku sebenarnya. hehehe... aku suka all about him... his face, his body & all about him is too perfect for me... =)







alolololo....comel nya dia kan... ni la Nazim Othman =)

Kau Yang Terindah


ku disini mengalunkan rindu yang resah,
aku di sini memuja bayangmu,
setiap detik degup jantungku hanyalah untukmu,
cinta membara jiwa gelora,

kau yang terindah di dalam hidupku,
hanya cintamu mekar selamanya,
tak ingin ku lagi mencintai yang lain,
kau telah mengikatku selamanya.

ku disini menantikan janji yang hilang.
aku di sini menghitung harapan,
setiap detik tiap nafasku ada cintamu,
bagai semalam semuanya hilang.


p/s : cinta...kau yang terindah =)

Wednesday, September 19, 2012

Doa agar diberikan jodoh terbaik

Assalamualaikum wbt =)

hari ni aku mau share something kinda important untuk kawan-kawan yang memohon diberikan jodoh terbaik dalam hidup ini. InsyaAllah =)


Bismillahirrohmannirrohim…..


Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku telah Engkau lahirkan,
Gerakan hatinya untuk menujuku,
Pertemukanlah kami dlm sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju Redha-Mu..
Kerana Engkaulah yang berhak atas hati hamba-hamba Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikkannya..

Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dalam ikatan kerana-Mu,
tautkan hatiku dengan hatinya yg sama-sama mengharap & mendamba sebuah keinginan menuju redha-Mu..

Ya Allah…Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati,
Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia,
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb…
Sang Pemilik Hati,
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia,
Penuhi hatinya dengan Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu,
Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,
Temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dalam Cinta-Mu..


Rabb…
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,

Pasti kebahagiaan itu aku dapati,
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dalam penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku,
Agar kami sama-sama berjemaah untuk tetap menuju-Mu,
bimbinglah hati kami,
Kuatkan hati kami,
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..

Aamiin ya Rabb


p/s : wahai bakal suami, segeralah berjumpa wali ku :)

cinta kita

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku berhujung padamu
Kemanapun kan pasti kembali

p/s : dear cinta... i miss u so much :)

Wednesday, September 12, 2012

pilihan terakhir

Assalamualaikum

"jadikanlah diriku pilihan terakhir hati mu"

nampak tak kata-kata di atas itu??
itulah yang aku rasa sekarang.... kenapa selalu aku bukan yang pertama??
aku selalu jadi pilihan yang kedua....
rasa sedih sangat...bila angan-angan mula menggapai langit,
runtuh dengan tiba-tiba bila dapat tahu yang aku ni bukan lah yang pertama.
kecewa sangat bila harga diri dipermainkan sebegitu rupa.
hampa bila diri ini tidak dipercayai, malah tidak dihargai....


p/s : aku rindu...

Monday, September 10, 2012

MAAF

Assalamualaikum =)

Aku baru lepas graduate...eheee...
ada masa aku upload pix konvo & alumni k....

"MAAF"

HATI kalau da marah or sedih memang susah nak meMAAFkan orang yang da pernah buat salah dengan kita...apatah lagi yang pernah menyakiti kita tu orang yang paling kita sayang....
tapi ALLAH telah menciptakan AKAL untuk manuasia, untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk... semua itu terpulang pada diri sendiri...
AKAL diciptakan dimana kedudukannya berada di atas iaitu di kepala kita....
dimana kedudukannya lebih tinggi dari tempat letaknya HATI manusia....
itu adalah disebabkan AKAL boleh memimpin HATI daripada hal-hal yang melalaikan.
jangan sampai syaitan yang bertepuk tangan dengan kelekaan & kelalaian manusia.

post kali ini bukan ditujukan untuk sesiapa...
cukuplah ia untuk pegangan hidup aku sebagai hamba Allah yang lemah... =)

Wednesday, August 29, 2012

Bohong

Assalamualaikum w.b.t


Jika hati itu berniat untuk berkata bohong padaku,
aku rela dilupakan akan kehadiran ini selamanya wahai engkau.
pergilah.....
selama ini aku percaya engkau.
kalian yang lain selalu berpesan, jangan mudah percaya orang,
jangan mudah memberikan hati kepada sesiapa dengan sewenang-wenangnya.
aku degil.....
sentiasa nampak mereka sekeliling terlalu baik pada aku.
rupanya talam semata. kecewa sungguh rasanya.
menangis aku mendengar kata benar yang sebenarnya dusta itu.
aku juga hampir kehilangan yang aku sayang kerana terlalu leka dengan perasaan itu.
aku tak tahu nak kata apa lagi. jika aku punya kuasa untuk melenyapkan manusia,
aku pilih engkau orang pertama lenyap dari dunia. 
sudahlah.....
jangan berkata lagi.....
sila jangan datang lagi.....

Sunday, August 26, 2012

Janji



"kalau tak boleh tunaikan janji, jangan


jadi MANUSIA, lebih baik jadi MONYET."


Saturday, August 18, 2012

Salam Lebaran

Assalamualaikum w.b.t =)

Salam Lebaran buat semua papa & adik Acie-acie AciebieHAJI KHAMIS BIN CHABANG (FAMILY MEMBER)KELUARAGA BAHAGIA, keluarga, kazen2, kawan2, sahabat handai, Muhd Azhar & Family, dan semua yang mengenali diri ini... 
sepuluh jari disusun memohon maaf sekiranya terkasar bahasa & tersilap perbuatan, harap dapat dimaafkan. 
Saya juga ingin memohon maaf bagi pihak arwah ibu saya kepada sesiapa sahaja yang dikenali arwah sepanjang hayatnya, maafkan salah silap arwah. 
Semoga Syawal yang datang membawa sejuta rahmat dan hidayah buat kita semua, semoga ukhuwah yang dibina sepanjang perkenalan kita semua kekal selamanya....Amin.


**copy paste dari FB aku.

p/s : semoga aku tabah mengharungi hari-hari yang mendatang tanpa mama di sisi... rindu =(

Friday, August 17, 2012

Rezeki

Assalamualaikum =)

hari ni dapat rezeki....
nak tau rezeki apa? aku dapat Perfume & Lipgloss dari "The Body Shop"....
hehehe....bukan dari penaja tau, ni dari someone yang aku tak sangka-sangka akan bagi hadiah.
hadiah raya katanya...hehehe...

Thanx a lot to Ms Yum Chee Chee.
thanx sebab bagi hadiah yang tak dijangka ini ya... =)

ni dia pix perfume & lipgloss tu yer.... =)




hehehe....amacam? ada yang cemburu tak?

p/s : bila kita buat baik dengan orang, kita pun akan mendapat kebaikan yang tak dijangka... =)

Wednesday, August 15, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum =)



Tuesday, August 14, 2012

Perasaan

Assalamualaikum =)

fikiran yang resah membelenggu hari-hari ku...
kadang-kadang rasa bingung, rasa bersalah, rasa nak gores kepala kat dinding pun ada juga. aku sebenarnya bingung, aku ka yang perlu dipersalahkan jika ada yang sakit hati dengan aku? baik la...biar aku bagi contoh di sini....supaya orang lain tak bingung macam aku juga.

Situasi A :

X : aku da mula suka dengan ko la Y.
Y : tolong jangan simpan harapan begitu.
X : ko jahat Y, ko permainkan perasaan aku...
Y : bukan begitu....
X : ---------

Situasi B :

X : ko sayang aku tak, miss Y?
Y : mestilah sayang... ko kan kawan aku...
X : sayang macam mana tu?
Y : sayang sebagai kawan la...
X : aku da sayang ko lebih dari seorang kawan la Y.
Y : ha? tapi aku tak boleh sayang ko lebih....
X : sampai hati ko Y, suka permainkan perasaan.....

nampak tak apa yang aku cuba nak sampaikan di sini?  adakah aku yang terlalu mudah untuk sayang dengan orang lain? adakah aku yang perlu dipersalahkan kerana disangkakan memberi harapan untuk seseorang? di akhirnya nanti, aku juga yang akan dipersalahkan kononnya atas kesalahan "memberi harapan" itu..... selalu jadi macam tu, aku juga yang akan dipersalahkan nanti, atas kesilapan yang aku langsung tidak buat. atau mungkin ka orang di sekeliling aku merasakan aku ni selalu memberi harapan??

sometimes I feel tired with all of these things! its really annoying...
apa lagi yang mengganggu perasaan aku ni, semuanya da berpunya or lebih tepat lagi, BOYFRIEND orang or HUSBAND orang.... tolong jangan buat aku rasa bersalah dengan pasangan korang...tolong jangan buat aku tambah sayang...tolong jangan buat aku ni Easy Target untuk cambah rasa sayang di hati ini....

p/s : semoga aku tabah mengahadapi masa-masa akan datang...

Monday, August 13, 2012

Aku Mau Kurus!!!

Assalamualaikum =)

hebat tak tajuk post aku kali ni? hahaha
yep...aku memang mau kurus...
mau tau body idaman aku??
sila lah tengok pix di bawah ini ya..
memang mantap la body dorang ni....
mau juga...mau juga....
ada sapa-sapa nak share tak info or petua untuk kurus??

bagi aku, badan Kate Benkinsale ni paling top la....
harap-harap dapat workout untuk body yang macam ni...seriously!




bukan tak bersyukur dengan keadaan badan sekarang,
cuma terfikir mahu exercise untuk maintainkan fitness dan kesihatan diri ni...
sebab apa? sebab bila berat badan ni da makin naik, rasa malas sangat nak buat kerja...apa lagi, lemak pun diternak la... >_<

ni lagi salah satu contoh body yang mantap untuk dijadikan inspirasi....
seriously mantap! Miranda Kerr punya body, adedeh...walaweh....




ok...cukup dengan Miranda Kerr, sekarang tengok ni pula...
Jessica Alba yang HOT.... sangat-sangat HOT




fuhhhh....memang lawa la body dorang suma ni...
tak tahan mata den nak tengok....
yang paling aku tak tahan, macam mana dorang boleh dapat pinggang macam semut tu??geramnya aku tengok!!! mau kurus juga macam dorang ni....huhuh

p/s : cik A'in,kalo nak kurus, jangan tau nak makan jer.... ingat-ingat la exercise k! :-P

Friday, August 10, 2012

Bersabarlah


Assalamualaikum =)


Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.



p/s : memang terbuka mata hati aku yang gatal nak kawen da ni...  aku amek ni dari blog Fatin Liyana dan aku pun share njuga kat blog aku untuk kita suma rasakan tamparan realiti ini. Seriusly, mode gatal & berangan nak kawen terus Automatik OFF.