Tuesday, August 14, 2012

Perasaan

Assalamualaikum =)

fikiran yang resah membelenggu hari-hari ku...
kadang-kadang rasa bingung, rasa bersalah, rasa nak gores kepala kat dinding pun ada juga. aku sebenarnya bingung, aku ka yang perlu dipersalahkan jika ada yang sakit hati dengan aku? baik la...biar aku bagi contoh di sini....supaya orang lain tak bingung macam aku juga.

Situasi A :

X : aku da mula suka dengan ko la Y.
Y : tolong jangan simpan harapan begitu.
X : ko jahat Y, ko permainkan perasaan aku...
Y : bukan begitu....
X : ---------

Situasi B :

X : ko sayang aku tak, miss Y?
Y : mestilah sayang... ko kan kawan aku...
X : sayang macam mana tu?
Y : sayang sebagai kawan la...
X : aku da sayang ko lebih dari seorang kawan la Y.
Y : ha? tapi aku tak boleh sayang ko lebih....
X : sampai hati ko Y, suka permainkan perasaan.....

nampak tak apa yang aku cuba nak sampaikan di sini?  adakah aku yang terlalu mudah untuk sayang dengan orang lain? adakah aku yang perlu dipersalahkan kerana disangkakan memberi harapan untuk seseorang? di akhirnya nanti, aku juga yang akan dipersalahkan kononnya atas kesalahan "memberi harapan" itu..... selalu jadi macam tu, aku juga yang akan dipersalahkan nanti, atas kesilapan yang aku langsung tidak buat. atau mungkin ka orang di sekeliling aku merasakan aku ni selalu memberi harapan??

sometimes I feel tired with all of these things! its really annoying...
apa lagi yang mengganggu perasaan aku ni, semuanya da berpunya or lebih tepat lagi, BOYFRIEND orang or HUSBAND orang.... tolong jangan buat aku rasa bersalah dengan pasangan korang...tolong jangan buat aku tambah sayang...tolong jangan buat aku ni Easy Target untuk cambah rasa sayang di hati ini....

p/s : semoga aku tabah mengahadapi masa-masa akan datang...

No comments:

Post a Comment