Wednesday, October 31, 2012

Cinta Terakhir

Assalamualaikum wbt =)

pertama kalinya aku menyambut Hari Raya Aidiladha di perantauan...
ceh...macam la jauh sangat kan?? heheheh....
sebenarnya aku beraya di rumah Mr.Cinta di KK.
kebetulan dia dapat cuti dan boleh balik,
aku pun ambil peluang ni untuk jumpa dia buat kali terakhir sebelum dia balik Kajang. lagipun parents dia transfer Kelantan da....
hati mana yang tak sedih bila berjauhan dengan orang yang kita sayang.
aku cuma berharap agar jodoh kami panjang dan disatukan hingga ke akhir hayat.
dalam masa tiga hari tu juga la aku spent masa yang sangat berharga untuk menghargai detik-detik bahagia bersama-sama dengan Mr.Cinta sebelum kami berpisah....

hati ini rindu...
angin...sampaikan hembusan rinduku buat Muhd.Azhar.....

Tuesday, October 23, 2012

Terima Kasih

Assalamualaikum wbt

kepada awak,
terima kasih atas semua yang pernah awak lakukan,
terima kasih atas pertolongan yang telah awak berikan,
walaupun saya tahu semua yang awak lakukan itu tidak ikhlas,
semata-mata mau balasan daripada saya.
saya tahu itu.
saya akui saya terlalu bodoh terima tawaran kawan daripada awak,
saya tahu orang lelaki yang berkawan dengan saya ni tiada satu pun yang ikhlas,
semuanya mengharapkan balasan.

awak berlagak yang awak tu suci daripada lelaki lain,
tapi pada masa yang sama, awak lah yang ambil kesempatan ke atas diri saya.
awak lah yang pernah rosakkan maruah saya.
mana perginya kesucian awak itu???
yang kononnya mahu melindungi saya daripada lelaki-lelaki lain.

walau apa pun, terima kasih atas perkenalan ini,
terima kasih atas ungkapan awak terhadap saya,
ungkapan "MATERIALISTIK" awak tu,
saya hargainya sangat-sangat.

untuk pengetahuan awak,
saya bukan MATERIALISTIK macam yang awak ungkapkan tu,
saya tak pernah minta apa-apa daripada awak,
awak yang dengan rela hati kononnya mau membantu,
tak sangka pula akan mengungkit kali ini.

p/s : untuk awak, terima kasih sangat.

kupu-kupu itu



ada yang benci dirinya
ada yang butuh dirinya
ada yang berlutut mencintainya
ada pula yang kejam menyeksa dirinya

ini hidup wanita si kupu-kupu malam
bekerja bertaruh seluruh jiwa raga
bibir senyum kata halus merayu memanja
kepada setiap mereka yang datang

dosakah yang dia kerjakan
sucikah mereka yang datang
kadang dia tersenyum dalam tangis
kadang dia menangis di dalam senyuman

oh apa yang terjadi, terjadilah
yg dia tahu Tuhan penyayang umatnya
oh apa yang terjadi, terjadilah
yang dia tahu hanyalah menyambung nyawa

oh apa yang terjadi, terjadilah
yang dia tahu Tuhan penyayang umatnya
oh apa yang terjadi, terjadilah
yang dia tahu hanyalah menyambung nyawa

Thursday, October 18, 2012

Fitnah

Assalamualaikum wbt

"tak ada rupa, dihina... ada rupa, difitnah... "

ok...frasa di atas tu, bukan nak nyatakan aku ni cantik or ada rupa...bukan itu niat di hati.
kadang-kadang manusia selalu terleka dan suka menuduh melulu tanpa usul periksa.entah apa niat di hati untuk melulu sebegitu rupa. sedangkan aku tak pernah menyakiti sesiapa.jauh sekali untuk ambil tahu hal-hal mereka.

fitnah berleluasa, aku biarkan saja. makin aku layan, makin sakit hati ku. aku cuma boleh berdoa semoga Allah merahmati kita semua dengan kasih sayangNya, tanpa ada perasaan hasad dengki walau sedikitpun. 

bila hati mula terpaut, kau yang sudah berpunya pun sanggup mengaku single.
entah mana dicampak rasa cinta dan orang yang kau cintai itu. 
kau yang sudah berkahwin pun sanggup mengaku bujang.
kau yang sudah berbini masih nak cari yang kedua. 
jika itu sunnah nabi, aku terima, ini solat 5 waktu pun tak terjaga,
ada hati nak kahwin dua. adakah itu untuk memenuhi nafsu? or rasa sunyi? 
dengan mudahnya mulut berkata "i love u"....
kalau lah perkataan itu dibayar, confirm banyak hutang kau.....

aku tahu diri ini selalu lalai dan terleka. aku selalu mengingatkan diriku supaya mengingati Ya Rabb yang lebih layak diingati agar aku lebih berpahala. ingatlah bahawa bila kita sunyi, Allah sedang memerhati dengan rasa cinta.


p/s : wahai hati, bersabarlah...

Wednesday, October 17, 2012

Ikan yang Comel

Assalamualaikum wbt

Perasaan berat dan kosong muncul kembali.
adakalanya apa yang berlaku tidak seperti yang kita duga,
tak seperti yang kita rancang.
adakalanya yang pahit itu harus ditelan.
tidak ada langsung niat di hati untuk mempersoal segala ketentuan Tuhan.
malah bersyukur dengan nikmat yang diberi.
cuma manusia sering berubah, alpa dan terleka hingga kufur nikmat.

Pernah tak rasa bila kita cuba menjauh dan abaikan benda tu,
then benda tu datang lagi dengan bertalu-talu tanpa henti???
Pernah rasa tak yang diri ini seperti seekor ikan yang comel rupawan,
tapi dikelilingi kucing kurap bengis yang kelaparan.
ada kucing tu kisah engkau tu cantik atau tidak??
ada dia kisah yang engkau tu baik atau tidak??
apa yang dia fikir, betapa enaknya jika dia dapat baham engkau dengan rakusnya,
dan masuk ke dalam perut montel dia tu.

Akhirnya aku sedar, pilihlah seseorang yang mampu menjaga kita,
menyayangi kita, bersusah payah dengan kita.
pilihlah seseorang yang mampu faham kita tidak kira dalam apa keadaan sekalipun.
pilihlah seseorang yang sanggup berkorban untuk kita.
cinta itu perasaan yang indah.
jika hanya ada rasa benci dan amarah dalam hati, itu bukan cinta.
pada saat ini, aku rasa sungguh kekurangan.
pada ketika ini tidak ada apa lagi selain berputus asa.

Monday, October 15, 2012

Gadis itu

Assalamualaikum wbt =)


ada seorang gadis termenung di jendela,
memikirkan nasibnya yang telah ternoda,
terpinggir terhina kerana dosa-dosa silamnya.

ibunya telah tiada, begitu juga ayahnya.
mengharungi dunia tanpa pedoman di jiwa,
keliru hatinya antara syurga & neraka.

pada siapa harus dipinta,
secebis rasa seulit mesra,
di akhir noktah usia dirinya yang akan berhenti jua.

deraian air mata menangisi dosanya,
rebah dia mengharap keampunan Tuhannya,
serta ketenangan mengharungi dunia yang fana.

umurnya masih muda remaja,
tetapi terleka kerana nafsu yang mengaburinya,
namun Tuhannya masih cintakan dirinya, walaupun dosanya selautan dunia.

mengapa perlu bersa berjauhan dari yang Esa,
sedangkan Allah sentiasa merahmati hambaNya,
yang sering terlupa, leka & alpa terhadapNya.


harapannya subur kembali bukti kasih Illahi,
syukur dia ditemukan jalan kebahagiaan,
mengukir ceria, membenam segala kecewa.

p/s : sekadar pesanan untuk diri sendiri yang semakin terleka dengan nafsu dunia.

keep trying

Assalamualaikum wbt


Ya Allah, aku mengadu kepadaMu dengan suara yang paling lemah.
aku berbisik supaya tiada siapa yang bisa mendengar butir bicaraku.
aku simpan sedaya mungkin, aku simpan selagi mampu.
aku tunjukan pada semua yang aku kuat.
aku bergelak tawa seakan tiada apa yang berlaku terhadap diriku.
i always try...terus cuba dan mencuba.
aku bukan siapa-siapa untuk sesiapapun.
aku sentiasa cuba sedaya upaya jadi yang terbaik untuk mereka di sekeliling aku.
biar tak nampak usaha di mata.
tapi aku tahu yang aku sentiasa mencuba.
aku sentiasa tertanya-tanya, apakah bisa diri ini menjadi tulang rusuk yang paling setia buat insan terindah dalam hidup aku??
aku menulis kerana aku rindu....
aku rindu dengan arwah mak aku....
aku rindu dengan papa aku yang jauh di mata...
aku rindu dengan adik aku yang sentiasa berada di depan mata aku....
aku rindu dengan bakal imam ku nanti...


angin... sampaikan hembusan rinduku buat insan-insan yang aku selalu rindui....

Aku tau

aku tau ke mana harus aku tuju...
tak perlu untuk kau mengajar aku...
aku tau...terima kasih...

Tuesday, October 9, 2012

Quotes

Assalamualaikum wbt =)


"a rose can never be a sunflower,
and a sunflower can never be a rose.
All flowers are beautiful in their own way.
and that's like women too."

"we all have bad days,
but one thing is true;
no cloud is so dark that the sun can't shine through"

"we are limited only by our thoughts"