Monday, October 15, 2012

Gadis itu

Assalamualaikum wbt =)


ada seorang gadis termenung di jendela,
memikirkan nasibnya yang telah ternoda,
terpinggir terhina kerana dosa-dosa silamnya.

ibunya telah tiada, begitu juga ayahnya.
mengharungi dunia tanpa pedoman di jiwa,
keliru hatinya antara syurga & neraka.

pada siapa harus dipinta,
secebis rasa seulit mesra,
di akhir noktah usia dirinya yang akan berhenti jua.

deraian air mata menangisi dosanya,
rebah dia mengharap keampunan Tuhannya,
serta ketenangan mengharungi dunia yang fana.

umurnya masih muda remaja,
tetapi terleka kerana nafsu yang mengaburinya,
namun Tuhannya masih cintakan dirinya, walaupun dosanya selautan dunia.

mengapa perlu bersa berjauhan dari yang Esa,
sedangkan Allah sentiasa merahmati hambaNya,
yang sering terlupa, leka & alpa terhadapNya.


harapannya subur kembali bukti kasih Illahi,
syukur dia ditemukan jalan kebahagiaan,
mengukir ceria, membenam segala kecewa.

p/s : sekadar pesanan untuk diri sendiri yang semakin terleka dengan nafsu dunia.

No comments:

Post a Comment