Wednesday, August 29, 2012

Bohong

Assalamualaikum w.b.t


Jika hati itu berniat untuk berkata bohong padaku,
aku rela dilupakan akan kehadiran ini selamanya wahai engkau.
pergilah.....
selama ini aku percaya engkau.
kalian yang lain selalu berpesan, jangan mudah percaya orang,
jangan mudah memberikan hati kepada sesiapa dengan sewenang-wenangnya.
aku degil.....
sentiasa nampak mereka sekeliling terlalu baik pada aku.
rupanya talam semata. kecewa sungguh rasanya.
menangis aku mendengar kata benar yang sebenarnya dusta itu.
aku juga hampir kehilangan yang aku sayang kerana terlalu leka dengan perasaan itu.
aku tak tahu nak kata apa lagi. jika aku punya kuasa untuk melenyapkan manusia,
aku pilih engkau orang pertama lenyap dari dunia. 
sudahlah.....
jangan berkata lagi.....
sila jangan datang lagi.....

Sunday, August 26, 2012

Janji



"kalau tak boleh tunaikan janji, jangan


jadi MANUSIA, lebih baik jadi MONYET."


Saturday, August 18, 2012

Salam Lebaran

Assalamualaikum w.b.t =)

Salam Lebaran buat semua papa & adik Acie-acie AciebieHAJI KHAMIS BIN CHABANG (FAMILY MEMBER)KELUARAGA BAHAGIA, keluarga, kazen2, kawan2, sahabat handai, Muhd Azhar & Family, dan semua yang mengenali diri ini... 
sepuluh jari disusun memohon maaf sekiranya terkasar bahasa & tersilap perbuatan, harap dapat dimaafkan. 
Saya juga ingin memohon maaf bagi pihak arwah ibu saya kepada sesiapa sahaja yang dikenali arwah sepanjang hayatnya, maafkan salah silap arwah. 
Semoga Syawal yang datang membawa sejuta rahmat dan hidayah buat kita semua, semoga ukhuwah yang dibina sepanjang perkenalan kita semua kekal selamanya....Amin.


**copy paste dari FB aku.

p/s : semoga aku tabah mengharungi hari-hari yang mendatang tanpa mama di sisi... rindu =(

Friday, August 17, 2012

Rezeki

Assalamualaikum =)

hari ni dapat rezeki....
nak tau rezeki apa? aku dapat Perfume & Lipgloss dari "The Body Shop"....
hehehe....bukan dari penaja tau, ni dari someone yang aku tak sangka-sangka akan bagi hadiah.
hadiah raya katanya...hehehe...

Thanx a lot to Ms Yum Chee Chee.
thanx sebab bagi hadiah yang tak dijangka ini ya... =)

ni dia pix perfume & lipgloss tu yer.... =)




hehehe....amacam? ada yang cemburu tak?

p/s : bila kita buat baik dengan orang, kita pun akan mendapat kebaikan yang tak dijangka... =)

Wednesday, August 15, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum =)



Tuesday, August 14, 2012

Perasaan

Assalamualaikum =)

fikiran yang resah membelenggu hari-hari ku...
kadang-kadang rasa bingung, rasa bersalah, rasa nak gores kepala kat dinding pun ada juga. aku sebenarnya bingung, aku ka yang perlu dipersalahkan jika ada yang sakit hati dengan aku? baik la...biar aku bagi contoh di sini....supaya orang lain tak bingung macam aku juga.

Situasi A :

X : aku da mula suka dengan ko la Y.
Y : tolong jangan simpan harapan begitu.
X : ko jahat Y, ko permainkan perasaan aku...
Y : bukan begitu....
X : ---------

Situasi B :

X : ko sayang aku tak, miss Y?
Y : mestilah sayang... ko kan kawan aku...
X : sayang macam mana tu?
Y : sayang sebagai kawan la...
X : aku da sayang ko lebih dari seorang kawan la Y.
Y : ha? tapi aku tak boleh sayang ko lebih....
X : sampai hati ko Y, suka permainkan perasaan.....

nampak tak apa yang aku cuba nak sampaikan di sini?  adakah aku yang terlalu mudah untuk sayang dengan orang lain? adakah aku yang perlu dipersalahkan kerana disangkakan memberi harapan untuk seseorang? di akhirnya nanti, aku juga yang akan dipersalahkan kononnya atas kesalahan "memberi harapan" itu..... selalu jadi macam tu, aku juga yang akan dipersalahkan nanti, atas kesilapan yang aku langsung tidak buat. atau mungkin ka orang di sekeliling aku merasakan aku ni selalu memberi harapan??

sometimes I feel tired with all of these things! its really annoying...
apa lagi yang mengganggu perasaan aku ni, semuanya da berpunya or lebih tepat lagi, BOYFRIEND orang or HUSBAND orang.... tolong jangan buat aku rasa bersalah dengan pasangan korang...tolong jangan buat aku tambah sayang...tolong jangan buat aku ni Easy Target untuk cambah rasa sayang di hati ini....

p/s : semoga aku tabah mengahadapi masa-masa akan datang...

Monday, August 13, 2012

Aku Mau Kurus!!!

Assalamualaikum =)

hebat tak tajuk post aku kali ni? hahaha
yep...aku memang mau kurus...
mau tau body idaman aku??
sila lah tengok pix di bawah ini ya..
memang mantap la body dorang ni....
mau juga...mau juga....
ada sapa-sapa nak share tak info or petua untuk kurus??

bagi aku, badan Kate Benkinsale ni paling top la....
harap-harap dapat workout untuk body yang macam ni...seriously!




bukan tak bersyukur dengan keadaan badan sekarang,
cuma terfikir mahu exercise untuk maintainkan fitness dan kesihatan diri ni...
sebab apa? sebab bila berat badan ni da makin naik, rasa malas sangat nak buat kerja...apa lagi, lemak pun diternak la... >_<

ni lagi salah satu contoh body yang mantap untuk dijadikan inspirasi....
seriously mantap! Miranda Kerr punya body, adedeh...walaweh....




ok...cukup dengan Miranda Kerr, sekarang tengok ni pula...
Jessica Alba yang HOT.... sangat-sangat HOT




fuhhhh....memang lawa la body dorang suma ni...
tak tahan mata den nak tengok....
yang paling aku tak tahan, macam mana dorang boleh dapat pinggang macam semut tu??geramnya aku tengok!!! mau kurus juga macam dorang ni....huhuh

p/s : cik A'in,kalo nak kurus, jangan tau nak makan jer.... ingat-ingat la exercise k! :-P

Friday, August 10, 2012

Bersabarlah


Assalamualaikum =)


Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.



p/s : memang terbuka mata hati aku yang gatal nak kawen da ni...  aku amek ni dari blog Fatin Liyana dan aku pun share njuga kat blog aku untuk kita suma rasakan tamparan realiti ini. Seriusly, mode gatal & berangan nak kawen terus Automatik OFF.


Rindu

Assalamualaikum w.b.t...

hari ni aku minta MC dengan bos sebab aku sakit period....dear boss, sorry kena amek MC tiap bulan. semua itu tidak aku sengajakan ya.... kalau boleh, aku pun tak mau ada sakit macam ni....

ok...kali ni aku nak share rasa hati aku kat sapa-sapa la yang baca blog aku ni.... 
aku mau cerita pasal rasa rindu aku...rasa rindu aku yang membuak-buak kat orang yang aku sayang....

orang-orang yang aku rindu

~~Mama aku
terlalu susah untuk aku describe macam mana rasa nya rindu aku yang membuak-buak ni terhadap mama aku. apa lagi orang yang kita rindu tu tiada depan mata kita, bukan saja untuk hari ini, tapi untuk selamanya.
"Mak....yayang rindu sangat-sangat dengan mama....tak mungkin akan yayang lupa kenangan kita bersama selamanya....insyaAllah kita akan bertemu di Jannah"

~~Muhd Azhar
dia ni boyfriend aku....layak ka juga untuk dirindui?? 
selalu juga rasa rindu dengan dia, tapi tak tau la pula dia rindu aku ka juga.... 
yang aku tau dia ni jahat, selalu biarkan aku rasa sunyi...
btw, gud luck for you sayang...ada jodoh bertemu juga kita nanti...
love u...

~~Mr.Huntsman
nama penuh dia, biar la aku sorang jak yang tau... 
yang aku tau, aku memang sayang & rindu kan dia...
dan aku harap sangat yang aku akan jadi Snow White dia untuk selamanya...
ntah la napa...padahal dia ni nak jadi HUSBAND orang da pun... tapi susah betul nak buang rasa rindu & sayang tu...ada sapa-sapa yang boleh bagi cara tak??

p/s :
1.ada cara tak untuk lupakan objek yang ke2 & ke3 tu....aku tak mau rindu
  dengan 2 makhluk tu....
2.kalo tak ada nama tersenarai tu, tak bermakna aku tak rindu korang k....
3.miss u all....

Thursday, August 9, 2012

GIRL FACT

#Smile. Why? Because it makes you attractive. It changes your mood. It relieves stress. And it helps you stay positive.

#One day, someone will walk into your life and make you see why it never worked out with anyone else.

#Don't get my personality and my attitude twisted, because my personality is me, and my attitude depends on you.

#While you're ignoring her, another guy is giving her attention...and while you're giving her problems, another guy is listening.

#Some girls don't realize their worth until they leave. Some guys don't realize what they've lost until she’s gone.

#When a girl tells you about her problems it does not mean that she's complaining. She trusts you

#I'd rather be SINGLE than to be in a fake, phony, & false relationship with someone whose NOT committed.

#When a girl says "It's okay", "I'm fine", or "Don't worry about it", it's not okay, she's not fine, & you should definitely worry about it.

#If you ignore me, I will ignore you. If you don't start the conversation, we won't talk. If you don't put in the effort, why should I?

#Don't be the type of woman that can't live without a man, be the type of woman a man can't live without

#When a woman feels like her emotions are being played with....She becomes the FBI (HAHAHA)

#Dear girls, don't ever let a guy make you feel ugly because no matter what, you're beautiful with or without him....

#Women always know more than you think she knows about you, especially if she likes you

#Break-ups aren't always meant for make up's, some relationships end so you can wake up

p/s : this is so true....

Wednesday, August 8, 2012

Wordless Wednesday



p/s : pelik sangat ker muka aku pakai tudung yg berlainan jenis?? confuse aku... >_<

Guni-Guni Indocafe... Ko hado??

ko ada tajuk grand mcm aku?? 
tak da kan? kan? kan? (sambil main kelip-kelip mata)
hahahahha.....

ok...cukup!!

sebenarnya aku, & dua orang kazen aku yang boleh kata kena penangan Indocafe 3in1 tuuuu....
terus jadi gila-gila macam gambar kat bawah ni....
sila layan 3 cewek kat bawah ni yang tak berapa nak betul di malam hari....
nah...amekaw....
hahahahaha....

ignore kan latar belakang itu yer.... >_<

this is us... aku juga yang paling comel kan?? 

amacam? ada gaya model bertauliah tak?? 

entah la napa mata mcm panda kat sini >_<

omg! omg! omg!

sila abaikan latar belakang yang berhambur itu ya... :-P

yang ini juga...tolong abaikan pipi aku yang tembam itu yer....

aha! sila abaikan juga 2 objek asing kat belakang itu!

bajet comel ler tewwww....

nasib la baju & selendang sama kaler...hikhik

mata agak sembab di situ yer.... ^_^

nah! ko jak ada reben... :-P

ok! comel da tuh k!

thanx kepada camera girl nya ya...i look cute here ^_^

da memang sah aku ni comel! haha


dah dah dah....cukup da tu cik A'in....
dah memang sah kami ni comel...Auuuwwww.....

p/s : jangan terlebih minum Indocafe ok!!!