Assalamualaikum wbt
sudah dua bulan pemergian ibu ku tersayang, pergi menghadap Allah.
Semoga roh arwah mama ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Sedih tetap ada walaupun sudah 2 bulan berlalu.
Sentiasa terasa yang mama sentiasa ada di sisi bila aku memerlukannya.
tiada lagi ringtone "Mama" berbunyi dari handphone ku. :-(
tiada lagi teriakan dan leteran mama untuk ku kalau aku lambat bangun atau lambat pulang rumah.
tiada lagi semua tu..... aku rindu semua tu....tapi hanya dari mama ku sahaja....
tak mungkin dari orang lain....
aku sangat menyampah bila ada di kalangan ahli keluarga ku yang mahu mengatur hidup ku....
menyampah sangat....aku da cukup umur untuk tentukan apa yang aku mahu & tak mahu ok!
alamak....termarah la pula kat post kali ni.
sebenarnya aku sedih sangat bila salah satu sumber inspirasi ku da tak ada.
aku sangat lemah....selemah kepingan daun yang ditiup angin entah ke mana.
but, i always learn.... learn to live half alive....
aku kena kuat sebab aku masih ada papa & adik aku...
aku kena teruskan hidup untuk dorang.
syukur alhamdulillah aku masih keja sekarang untuk tampung belanja aku & adikku.
sekurang-kurangnya ada la juga untuk belanja diri sendiri.
p/s untuk diri sendiri :
redha dengan apa yang berlaku :-)
semua yang berlaku ada hikmah nya...